Blog Details

Kelebihan Pemasaran Enjin Carian (Search Engine Marketing – SEM)

06 Jun 2024 - Uncategorized
shape
shape
shape

Ramai dikalangan kita tak tahu apa kelebihan Pemasaran Enjin Carian atau Search Engine Marketing (SEM) , bagaimana ia membantu menjayakan pelbagai kempen pemasaran yang telah dilaksanakan.

SEM bukan perkara asing bagi sesetengah perniagaan, juga bagi ahli pemasaran digital dalam menguruskan kempen pemasaran. Ia menjadi antara platform pilihan yang dipercayai dalam mengukuhkan serta meluaskan lagi potensi pasaran.

Maka, sekiranya kita antara yang serius dalam memanfaatkan potensi digital untuk kerjaya atau perniagaan, sudah semestinya ia juga antara perkara yang perlu kita ambil tahu.

Pengenalan: Apa Itu Search Engine Marketing (SEM)

Bagi yang terlibat dalam pembangunan website, menulis kandungan digital dan blog sudah pasti biasa mendengar tentang Optimum Enji Carian atau SEO (Search Engine Optimization).

SEO satu kaedah dalam mengoptimasi enjin carian agar artikel yang ditulis dapat berada di muka hadapan enjin carian atau pada ranking carian yang lebih baik. Ia begitu juga dengan SEM.

Namun SEM bukan sekadar strategi untuk meningkatkan ranking carian semata-mata, tetapi untuk dilihat orang dalam capaian pencari maklumat dan sasaran pasaran yang lebih luas, berkualiti dan tepat.

Ia kaedah Paid Ads, periklanan berbayar dengan mendominasi keyword atau kata kunci berkaitan produk, perkhidmatan atau risalah perniagaan yang ingin diketengahkan pada capaian prospek pasaran di enjin carian seperti Google, Bing, Yandex dan Yahoo .

SEM turut menampilkan setiap mesej yang diketengahkan melalui pelbagai saluran di portal, website dan aplikasi. Iklan Adsense yang anda lihat di website ini juga adalah antara saluran SEM.

Selain itu, kaedah Pay Per Click (PPC) juga menjadi antara pilihan dalam SEM, terutama untuk kawalan penuh terhadap kos pemasaran.

Kelebihan Search Engine Marketing (SEM)

1- SEM mendorong meningkatkan conversion

Siapa yang tak mahu bisnes ‘masyuuk’. Berdasarkan pengalaman membuktikan SEM berkesan mendorong lead conversion.

Berbeza dengan SEO yang lebih untuk carian organik, SEM memberi capaian prospek pasaran melalui target carian yang jauh lebih berkesan. 

Paduan SEM dan SEO mampu menghasilkan pulangan maksima jangka panjang yang amat strategik.

2- SEM meningkatkan kepercayaan pasaran

Selain meningkatkan ‘awareness’ penjenamaan, produk dan servis kepada pasaran, SEM mempunyai daya pengaruh yang besar.

Dikatakan sekitar 25% prospek pasaran lebih mempercayai ‘goodwill’ syarikat yang mengunakan strategi SEM. Walaupun 25%, namun ia adalah golongan prospek pelanggan ‘berduit’ dan ada intention untuk membeli, termasuk para pelabur, pemodal dan seangkatan dengannya.

Perlaksanaan SEM secara terancang bukan sahaja mampu menarik pelanggan, tetapi melonjakkan imej, reputasi dan kredibiliti bisnes ke peringkat yang lebih besar.

3- Pelaburan pemasaran yang kos efektif

Strategi pemasaran SEM sebenarnya jauh lebih kos efektif dan dapat disesuaikan dengan bajet. Malah ada pengiraan kos yang boleh diselia berdasarkan klik berbanding impak yang diperolehi.

Ia juga mampu menguasai carian di lokasi yang disasarkan dengan lebih dominan. Jika anda menggunakan SEM atas kata kunci dan lokasi pasaran strategik, tiada pesaing SEO yang dapat mendominasi ‘visibility’ anda di enjin carian.

4- Meningkatkan Trafik Laman Web

SEM menjadikan laman web pemasaran anda di raking teratas dalam enjin carian. Kemampuan penglihatan kepada audiens ini akan meningkatkan peluang laman web anda dibuka dan kandungan anda dilihat.

5- Dapat Mengawal Bajet

Pemasaran enjin carian menggunakan sistem bayar mengikut klik atau pay per klik (PPC) di mana anda hanya membayar untuk kandungan yang benar-benar mendapat klik daripada audiens. Dengan sistem ini anda dapat menggunakan kos pemasaran dengan lebih bijak dan tentunya lebih efisien. Sistem ini menjadikan SEM lebih murah daripada iklan tradisional di televisyen, radio, surat khabar dan majalah dan lebih tepat pada sasaran audiens.

6- Keberkesanan Diukur dengan Jelas dan Mudah

Apabila anda memutuskan untuk melakukan pemasaran dengan teknologi, akan ada data yang disediakan untuk memudahkan anda mengukur statistik dan prestasi. Begitu juga ketika anda melakukan pemasaran menggunakan enjin carian. Data ini kemudian dapat disesuaikan mengikut matlamat pemasaran anda untuk mengetahui sama ada kandungannya berfungsi dengan berkesan atau tidak. Anda juga dapat megesan ROI anda sehingga anda tahu di mana anda harus menggunakan sebahagian besar perbelanjaan anda untuk meningkatkan jualan.

7- Keberkesanan Diukur dengan Jelas dan Mudah

Apabila anda membuat keputusan untuk melakukan pemasaran dengan teknologi, akan ada data yang disediakan untuk memudahkan anda mengukur statistik dan prestasi. Begitu juga ketika anda melakukan pemasaran menggunakan enjin carian. Data ini kemudian dapat disesuaikan mengikut matlamat pemasaran anda untuk mengetahui sama ada kandungannya berfungsi dengan berkesan atau tidak. Anda juga dapat megesan ROI anda sehingga anda tahu di mana anda harus menggunakan sebahagian besar perbelanjaan anda untuk meningkatkan jualan.

Comment

Let's Start Creating together

Hire Me